BAB 2: UNSUR PERDAGANGAN
| 1. | (a) | Apakah maksud perniagaan dan perdagangan? |
| | | [5 markah] |
| | (b) | Terangkan perbezaan antara perdagangan dengan perniagaan. |
| | | [8 markah] |
| | (c) | Bagaimanakah perbankan, insurans dan pengangkutan dapat membantu pengusaha perabot menjayakan urusan perniagaannya? |
| | | [12 markah] |
| 2. | (a) | Rajah di bawah menunjukkan cabang perdagangan. ![]() |
| | | (i) | Apakah jenis perniagaan M dan N. Jelaskan. |
| | | | [6 markah] |
| | | (ii) | Bagaimanakah P, Q dan R dapat membantu peniaga? |
| | | | [12 markah] |
| | (b) | Puan Mariah mempunyai restoran makanan di Pekan Dengkil.Terangkan apakah masalah yang akan timbul jika perbankan dan insurans tidak wujud. |
| | | [7 markah] |
| 3. | (a) | Nyatakan jenis bantuan perniagaan dan beri alasan bagi setiap situasi di bawah: |
| | | (i) | Arif memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00. |
| | | (ii) | Najihah mendapat pampasan setelah rumahnya terbakar |
| | | (iii) | EncikRobert ingin menyimpan daging yang baru diimport sebelum dipasarkan. |
| | | (iv) | Cikgu Amran telah menghantar faks kepada pembekal untuk memesan 20 buah buku teks Perdagangan. |
| | | | [12 markah] |
| | (b) | "Perdagangan ialah proses mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.” Terangkan bagaimanakah pengangkutan dan pergudangan dapat membantu proses tersebut. |
| | | [7 markah] |
| | (c) | Bagaimanakah syarikat komunikasi saling bantu membantu dengan syarikat promosi. |
| | | [6 markah] |




No comments:
Post a Comment