Title

Slideshow

Sunday, April 24, 2011

LATIHAN BAB 7


BAB 7: PELABURAN
1. 
(a)
Apakah maksud pelaburan?


[4 markah]


(b)
Aznil telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100 000  dalam satu peraduan. Dengan wang tunai tersebut beliau bercadang untuk membeli sebidang tanah dengan harga RM40 000. Beliau juga telah melabur dalam sebuah syarikat sendirian berhad sebanyak RM30 000 dan selebihnya beliau menyimpan di sebuah bank  dengan kadar 4% setahun.



Nyatakan dan jelaskan jenis pelaburan yang dibuat oleh Aznil.


[13 markah]


(c)
Apakah perbezaan antara Syer Biasa dengan Syer keutamaan.


[8 markah]

 2. 
(a)
“Pelaburan dalam saham akan mendapat pulangan” Jelaskan pernyataan tersebut.


[9 markah]


(b)
Mengapakah perlu ada Bursa Saham Kuala Lumpur.


[12 markah]


(c)
Berikut adalah jadual kadar faedah akaun simpanan tetap.


Tempoh masa
Kadar faedah (%)

1 - 4 bulan
5 - 8 bulan
9 - 12 bulan
3.3
3.5
3.8



Kirakan jumlah faedah jika Encik William menyimpan wang sebanyak RM10 000  di dalam akaun simpanan tetap selama 6 bulan. Berapa pula jika menyimpan selama 2 tahun?


[4 markah]

 3. 
(a)
Harga saham sentiasa mengalami turun naik di pasaran. Bagaimanakah situasi  ini boleh berlaku?


[12 markah]

(b)
Terangkan perbezaan antara pelabur dengan spekulator.


[8 markah]

(c)
Bagaimana cara membeli dan menjual saham?


[5 markah]

LATIHAN BAB 6


BAB 6: PEMILIKAN PERNIAGAAN
1. 
(a)
Selain warisan terangkan cara lain untuk memulakan perniagaan.


[11 markah]


(b)
Prestasi sesebuah perniagaan bergantung kepada cara pengendalian dan kawalan perniagaan yang cekap dan berkesan


Jelaskan cara yang perlu dilakukan oleh seseorang usahawan bagi menjamin perniagaannya berjaya.


[14 markah]

 2. 
(a)
”Walaupun banyak pasar raya yang wujud masa kini bagi memenuhi kehendak pengguna namun masih terdapat perniagaan yang dijalankan secara milikan tunggal.”



(i)
Apakah yang dikatakan perniagaan milikan tunggal?



[6 markah]


(ii)
Mengapakah perniagaan milikan tunggal masih diminati?



[12 markah]


(b)
Jelaskan tujuan penswastaan.


[7 markah]

 3. 
(a)



(i)
Terangkan ciri-ciri jenis milikan perniagaan di atas dari aspek:
Milikan, modal, liabiliti, pembentukan, dan pengurusan.



[10 markah]


(ii)
Mengapakah jenis milikan ini semakin menjadi pilihan  usahawan masa kini.



[10 markah]


(b)
Tatawujud syarikat ialah dokumen tentang penubuhan sesebuah syarikat. Apakah butiran yang mesti ada dalam Tatawujud tersebut.



[5 markah]

LATIHAN BAB 5

BAB 5 :INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
1. 
(a)
IKS berbeza dengan industri berat. Apakah IKS?


[3 markah]


(b)
Jenis keluaran, modal, lokasi, organisasi dan ciri umum pekerja adalah antara ciri-ciri IKS. Jelaskan.


[10 markah]


(c)
"Kegiatan IKS lebih tertumpu kepada sektor perkilangan". Terangkan dengan contoh empat bidang yang terlibat.


[12 markah]

 2. 
(a)
Bagaimanakah IKS membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan negara?


[17 markah]


(b)
Gambar di bawah menunjukkan satu jalinan utama antara IKS dengan industri berat.


Jelaskan apakah jalinan tersebut.





[8 markah]

 3. 
(a)
“Terdapat usahawan-usahawan IKS yang gulung tikar kerana menghadapi masalah dalam menguruskan perniagaan mereka”. Mengapakah situasi ini terjadi? Bincangkan.


[15 markah]


(b)
Pelbagai program disediakan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan IKS.Jelaskan program- program berikut:



(i)
Program Rantaian Industri (ILP)


(ii)
Program bantuan kewangan


(iii)
Program pembangunan  infrastruktur


(iv)
Program penyelidikan dan pembangunan


(v)
Program pembangunan dan peningkatan kemahiran



[10 markah]