Title

Slideshow

Saturday, March 26, 2011

PERTANDINGAN CARTA PERDAGANGAN


SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SIN MIN
PERTANDINGAN MELUKIS CARTA PERDAGANGAN TAHUN 2011
SEMPENA BULAN TEKNIK & VOKASIONAL
Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Perdagangan akan menganjurkan Pertandingan Melukis Carta Perdagangan sempena Bulan Teknik dan Vokasional pada bulan Jun 2011
Kerjasama semua murid dari tingkatan empat dan lima yang mengambil mata pelajaran perdagangan sangatlah diharapkan untuk menjayakan pertandingan ini.
Butiran Pertandingan:
1. Semua murid tingkatan 4 dan 5 aliran perdagangan diwajibkan menghambil bahagian sekurang-kurangnya satu penyertaan seorang.
2.Carta adalah dalam kertas bersaiz A4
3.Hasil Karya mesti jelas dan berwarna warni
4.Tajuk boleh dipilih berdasarkan bab tingkatan 4 dan tingkatan 5 mengikut sukatan pelajaran.
5.Hadiah akan disediakan untuk tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati.
6.Setiap penyertaan akan diberikan markah bonus sebanyak 3 markah dalam peperiksaan pertengahan tahun. Sekiranya hasil kerja tidak memuaskan markah bonus tidak akan diberi.
7.Carta perdagangan akan dipamerkan di belakang bilik guru sempena Bulan Teknik dan Vokasional pada bulan Jun tahun 2011.
8.Pemarkahan mengambilkira:
                Fakta,huraian & gambar--->30%
                Kreativiti                              --->30%
                Kapadanan dgn tajuk     --->20%
                Kemasan                             --->20%
9.Tarikh tutup penyertaan ialah pada: 20 Mei 2011
10. Keputusan hakim dan pengadil adalah muktamad.
11.Serah hasil karya kepada: Puan Siti Murni
SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment