Title

Slideshow

Fish

Sunday, January 16, 2011

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2


PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PERDAGANGAN
WAJA K2
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM KERTAS DUA 3755/2
Format SPM
·         Kertas soalan kertas dua terdiri dari Bahagian A dan Bahagian B
·         Calon dikehendaki menjawab tiga soalan dari Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B ( soalan Kajian kes )
·         Calon dinasihatkan supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian B.
·         Peruntukkan masa bagi setiap soalan ialah 20-25 minit bagi setiap soalan bahagian A
·         Markah bagi setiap soalan ialah 25 markah yang terdiri dari pelbagai pecahan soalan.
·         Markah keseluruhan ialah 100 markah dan menyumbangkan 60 % dari keseluruhan markah.
·         Rancang masa dengan bijak.Jangan lebihkan masa menjawab bagi soalan yang calon rasa lebih senang.
                           
v  TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1.      MEMBACA SEMUA SOALAN.
2.      TELITI KEHENDAK SOALAN-LIHAT PERKATAAN AWAL SETIAP SOALAN.
3.      RANCANGKAN JAWAPAN.
4.      TANDAKAN SOALAN YANG AKAN DIJAWAB.
5.      TERUS MENJAWAB TANPA PENGENALAN DAN KESIMPULAN –TERUS KEPADA ISI.
6.      ISI JAWAPAN-BERDASARKAN JUMLAH PERKATAAN MARKAH (CONTAH:  -5 ISI- UNTUK SOALAN JELASKAN).
7.      GUNAKAN KERTAS BARASINGAN UNTUK SETIAP SOALAN.



v  CARA MENGATASI MASALAH

1.      GUNAKAN AYAT PENDEK ATAU SIMPLE.
2.      JAWAB DALAM BENTUK POIN.
3.      GUNAKAN KAEDAH TURUTAN AYAT-AYAT (SIMPLE-SUSAH).
4.      ELAKKAN PENGGUNAAN ISTILAH-ISTILAH YANG CANGGIH ,JIKA TIDAK FAHAM MAKSUD SEPENUHNYA.



v  KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON PEPERIKSAAN  PERDAGANGAN

1.     PENGGUNAAN BAHASA DAN ISTILAH YANG KURANG TEPAT- KESANNYA:-
a)     PEMERIKSA TIDAK DAPAT MEMAHAMI ATAU MAKSUD YANG HENDAK DISAMPAIKAN DIRAGUI.
b)    PENGGUNAAN ISTILAH YANG TIDAK TEPAT DAN JUGA SALAH- OLEH MAKSUD JAWAPAN SALAH.
2.     BANYAK FAKTA DALAM SATU AYAT- MAKSUD  AYAT AKAN KELIRU ATAU SUKAR DIFAHAMI.
3.     PENGETAHUAN DAN PEMAHAMAN KONSEP YANG LEMAH.
4.     PENGURUSAN MASA SEMASA PEMERIKSAAN TIDAK BETUL.
5.     TEKNIK PENYAMPAIAN – TIDAK TERATUR:-
a)     ISI TANPA KETERANGNAN
b)    ISI BERULANGAN TETAPI DIANGGAP ISI TAMBAHAN.
c)     SUSUN ATUR TIDAK TERATUR DAN BERTABURAN.
d)    TIDAK IKUT KEHENDAK SOALAN.
6.     LAIN-LAIN  SEPERTI LEMAH BAHASA MELAYU DAN MENGGUNAKAN BAHASA KAMPUNG.







KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN
BIL
KATA TUGAS
RESPON YANG DIHARAPKAN

1
Apakah
Member maklumat yang khusus/ spesifik

2
Nyatakan
Memberikan fakta tanpa huraian/ sokongan

3
Terangkan
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab.
Fakta dan huraian
4
Mengapakah
Memberi sebab

5
Bagaimanakah
Memperihalkan/memberikan penerangan tentang cara/ kaedah /langkah /kejadian .

6
Jelaskan
Member keterangan tentang sesuatu supaya mudah difahami ( 5 isi penting sahaja)

7
Bezakan
Memberi kelainan /ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara. 

8
Bandingkan
Memberi persamaan dan perbezaan antara atau lebih perkara.

9
Huraikan
Memberikan Fakta, Huraian dan contoh
Panduan menjawab : beri
Fakta  1……..
Huraiannya……..
Contoh ………..






KAEDAH /BENTUK SOALAN
A)     Apakah itu……………………..?
B)     Jelaskan maksud……………………?
Format jawapan:
i)                    Definisi:……………………………………..
ii)                  Jenis/cabang:
a)………………………………………………………
b)………………………………………………………..
      iii)         Contoh:a)……………………………….
                                 b)…………………………………………
Contoh soalan:
C)     Bagaimanakah promosi membantu Encik Zaki,seorang pengusaha sos cili berjenama Sedap dalam menjalankan perniagaannya?                                                            ( 5 markah )
D)      
Perhatian
Calon dikehendaki memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/kaedah/langkah
Mesti menulis Encik Zaki dan Jenama Sedap ( sekurang kurangnya sekali )

Contoh jawapan:
Promosi membantu Encik Zaki melalui:
1.Memperkenalkan atau memberitahu keluaran sos cili………………………………………( 1 markah )
2.Mewujudkan kesetiaan pembeli kepada jenama………………………………………………( 1 markah )
3.Meningkatkan jualan dan keuntungan………………………………………………………………( 1 markah )
4.Meluaskan pasaran sos………………………..sehingga……………………………………………..( 1 markah )
5.Menyaingi jenama sos lain seperti……………………………………………………………………….( 1 markah )
6.Jenis promosi yang sesuai digunakan oleh Encik………..ialah……………………………….( 1 markah )
Contoh soalan:
E)      Mengapakah Encik Ahmad bertegas mahu mengekalkan milikan tunggalnya dan enggan menerima rakan kongsi?                                                                                                ( 8 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberi sebab: 4 markah bagi milikan tunggal dan 4 markah bagi perkongsian
Encik Ahmad bertegas mahu mengekalkan milikan tunggal kerana……
1…………………bebas menguruskan perniagaan mengikut kehendaknya…………..( 1 markah )
2…………………mempunyai dorongan untuk bekerja kuat………………………………….( 1 markah )
3…………………menikmati semua keuntungan……………………………………………………( 1 markah )
4…………………tidak banyak peraturan yang perlu dipatuhi atau tidak perlu daftar semula perniagaan kerana sudah tertubuh…………………………………………………………………………………..( 1 markah )

Encik Ahmad enggan menubuhkan perkongsian kerana………..
1.Tindakan seorang pekongsi melibatkan semua pekongsi…………………………..( 1markah )
2.Perlu berkongsi keuntungan……………………………………………………………………….( 1 markah )
3.Pendaftaran ahli masuk atau keluar lebih rumit berbanding milikan tunggal ( 1 markah )
4.Tiada kebebasan membuat keputusan atau konflik mudah berlaku…………….( 1 markah )









Contoh soalan:
F)      Terangkan dengan contoh, jenis nilai faedah dalam pengeluaran  .           ( 6 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberikan Fakta (1), Huraian ( 1 ) dan Contoh ( 1)
2x3=6 markah

·         Nilai faedah tempat…………………………………………………………………………………….( 1 markah )
-memindahkan barang k etempat yang mempunyai permintaan terhadapnya…….   ( 1 markah ) 
-Contoh:kayu balak di hutan diangkut ke kilang papan/contoh yang membawa maksud perubahan tempat…………………………………………………………………………………………………….( 1 markah )      

·         Nilai faedah bentuk………………………………………………………………….……………………( 1 markah )
-mengubah bentuk asal sesuatu keluaran kepada lebih berguna………….…………………( 1 markah )
-Contoh:kayu kepada kerusi/contoh yang menggambarkan perubahan bentuk asal…. 1 markah )                                                                                                                                                                                                                                                                                                            











Contoh soalan:
G)     Encaik Fadzly memiliki lima hektar tanah dan ingin menceburi aktiviti pertanian. Pegawai pertanian memaklumkan bahawa beliau boleh mengusahakan tanahnya secara pengeluaran langsung atau pengeluaran tak langsung. Encik Fadzly memilih untuk mengusahakan tanahnya secara pengeluaran tak langsung.
Mengapakah Encik Fadzly membuat keputusan demikian?                          ( 5 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberikan sebab-sebab

Encaik Fadzly memilih mengusahakan tanahnya secara pengeluaran tak langsung
·         Kerana boleh mengamalkan pengkhususan………………………………………………….( 1 markah )
-pengeluaran besar-besaran /ada lebihan…………………………………………………………..( 1 markah )
·         Menikmati faedah ekonomi bidangan……………………………………………………………( 1 markah )
-kos pengeluaran seunit dijimatkan…………………………………………………..……………….( 1 markah )
·         Membolehkan penggunaan mesin/jentera…………………………………………………..( 1 markah )
-kecekapan dan kemahiran meningkat/produktiviti maningkat…………….…………..( 1 markah )
·         Membolehkan hasil lebihan dijual………………………………………………….…………….( 1 markah )
-mendapat pendapatan untuk membeli  barang lain…………………………………………( 1 markah )











Contoh soalan:
H)     Ladang teh The Highland menghasilkan teh berkualiti berjenama Juwita di Tanah Tinggi Cameron. Pekerjanya terdiri daripada buruh lading, penyelia kilang dan pekerja pengeluaran. Daun the dipetik setiap hari, digredkan dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk teh di kilang yang dibina di kawasan lading tersebut.
Terangkan dengan contoh, pengkhususan yang terlibat dalam situasi di atas.      
( 8 markah )
 
Contoh jawapan:
Calon perlu beri 1 fakta, 1 Huaraian dan 1 Contoh.
Calon perlu menjawab dengan merujuk pada teks yang diberikan.

·         Wujud pengkhususan mengikut kawasa……………………………………………………..( 1 markah )
-iklim/bentuk muka bumi yang berbeza di merata tempat…………………………( 1 markah )
-Contoh: Teh ditanam di Cameron Hinghland……………………………………………. ( 1 markah )

·         Wujud penghkususan mengikut proses…………………………………………………….( 1 markah )
-terdapat pembahagian kerja yang diamalkan di kilang/ladang…………………( 1 markah )
-Contoh: teh dipetik/digred/dikeringkan/dibungkus……………………………….( 1 markah )

·         Wujud penghkususan mengikut profesion/pekerjaan……………………………...( 1 markah )
-manusia mempunyai kemahiran/kebolehan yang berbeza……………………..( 1 markah )
-Contoh:Buruh ladang/penyelia kilang/pekerja pengeluaran…………………….( 1 markah )

Contoh skrip jawapan calon SPM.

Jenis nilai faedah dalam pengeluaran

                Pengeluaran bermaksud aktiviti dalam penghasilan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Pengeluaran terbahagi kepada empat jenis nilai faedah iaitu dari segi bentuk, tempat, masa dan milikan.
                Jenis nilai faedah bentuk adalah dengan menghasilkan sesuatu bentuk untuk kegunaan manusia dan memperoleh faedah daripadanya contohnya kayu balak di dalam hutan, di tebang dan diproses bagi menjadi perabot untuk kegunaan manusia.
                Jenis faedah tempat pula ialah dengan membawa sesuatu bahan yang ingin diusahakan ke tempat yang bersesuaian dengannya misalnya, getah yang dikutip dari lading getah di bawa ke kilang dalam menjalani proses penghasilan kasut, beg atau sebagainya.rti menyerahkan se
                Selain itu , terdapat juga jenis nilai faedah masa di mana penyimpanan barangan stor dalam masa yang panjang dan dikeluarkan jika terdapat permintaan pasaran contohnya barangan barangan runcit disimpan di dalam gudang dalam temph yang lama dan dibawa keluar oleh pemborong untuk menunaikan permintaan pasaran khususnya peruncit.
                Milikan merupakan jenis nilai faedah pengeluaran yang bererti menyerahkan sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada ,mereka yang sesuai contohnya Ramli menyerahkan kilang kasut kepada Bakar yang merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kasut





9 comments:

  1. Murid murid boleh mencuba untuk menyemak calon di atas untuk mengetahui berapa banyak markah yang calon ini layak dapat....selamat mencuba...

    ReplyDelete
  2. cikgu siti minta izin untuk mengambil bahan di atas saya juga berharap dapat tunjuk ajar dari cikgu siti bagaimana untuk mengajar subjek perdagangan dengan lebih berkesan. maklumlah saya adalalah merupakan cikgu yang baru nak belajar menjadi cikgu..terima kasih
    email: kiaisepuh3036@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam.Cikgu Siti ada tak contoh kertas kerja bengkel teknik menjawab SPM yang boleh diemailkan kepada saya.thank you

    ReplyDelete
  4. cikgu....mintak izin utk guna bahan ini.....utk beri tunjuk ajar kepada pelajar saya....

    ReplyDelete
  5. CIKGU,MINTA IZIN NK GUNA BAHAN INI UTK MEMBERI PANDUAN KEPADA PELAJAR SAYA..TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.Cikgu,saya nak tanya tentang bentuk/ format menulis jawapannya. nak bentuk poin atau tulis secara langsung (cth: Pengkhususan pengeluaran termasuklah pengkhususan mengikut proses....Selain itu,pengkhususan mengikut kawasan)?

    ReplyDelete
  7. tambahan pula.Cikgu saya nak tanya format jawapannya boleh mempengaruhi markah tak?

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu siti sangat membantu. mohon saya sebarkan ilmu ini pada rakan-rakan dan pelajar-pelajar saya.

    ReplyDelete
  9. tq. mohon kebenaran gunakan ilmu ini. saya ingin mohon bantuan cikgu siti pendekatan yg berkesan mengajar supaya budak mudah paham dan ingat.
    fb akaun saya len akido

    ReplyDelete