Title

Slideshow

Sunday, April 24, 2011

LATIHAN BAB 6


BAB 6: PEMILIKAN PERNIAGAAN
1. 
(a)
Selain warisan terangkan cara lain untuk memulakan perniagaan.


[11 markah]


(b)
Prestasi sesebuah perniagaan bergantung kepada cara pengendalian dan kawalan perniagaan yang cekap dan berkesan


Jelaskan cara yang perlu dilakukan oleh seseorang usahawan bagi menjamin perniagaannya berjaya.


[14 markah]

 2. 
(a)
”Walaupun banyak pasar raya yang wujud masa kini bagi memenuhi kehendak pengguna namun masih terdapat perniagaan yang dijalankan secara milikan tunggal.”



(i)
Apakah yang dikatakan perniagaan milikan tunggal?



[6 markah]


(ii)
Mengapakah perniagaan milikan tunggal masih diminati?



[12 markah]


(b)
Jelaskan tujuan penswastaan.


[7 markah]

 3. 
(a)



(i)
Terangkan ciri-ciri jenis milikan perniagaan di atas dari aspek:
Milikan, modal, liabiliti, pembentukan, dan pengurusan.



[10 markah]


(ii)
Mengapakah jenis milikan ini semakin menjadi pilihan  usahawan masa kini.



[10 markah]


(b)
Tatawujud syarikat ialah dokumen tentang penubuhan sesebuah syarikat. Apakah butiran yang mesti ada dalam Tatawujud tersebut.



[5 markah]

LATIHAN BAB 5

BAB 5 :INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
1. 
(a)
IKS berbeza dengan industri berat. Apakah IKS?


[3 markah]


(b)
Jenis keluaran, modal, lokasi, organisasi dan ciri umum pekerja adalah antara ciri-ciri IKS. Jelaskan.


[10 markah]


(c)
"Kegiatan IKS lebih tertumpu kepada sektor perkilangan". Terangkan dengan contoh empat bidang yang terlibat.


[12 markah]

 2. 
(a)
Bagaimanakah IKS membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan negara?


[17 markah]


(b)
Gambar di bawah menunjukkan satu jalinan utama antara IKS dengan industri berat.


Jelaskan apakah jalinan tersebut.





[8 markah]

 3. 
(a)
“Terdapat usahawan-usahawan IKS yang gulung tikar kerana menghadapi masalah dalam menguruskan perniagaan mereka”. Mengapakah situasi ini terjadi? Bincangkan.


[15 markah]


(b)
Pelbagai program disediakan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan IKS.Jelaskan program- program berikut:



(i)
Program Rantaian Industri (ILP)


(ii)
Program bantuan kewangan


(iii)
Program pembangunan  infrastruktur


(iv)
Program penyelidikan dan pembangunan


(v)
Program pembangunan dan peningkatan kemahiran



[10 markah]

LATIHAN BAB 4

BAB 4: PERNIAGAAN ANTARABANGSA
1. 
(a)
Berikut adalah perbualan antara pengurus pemasaran dengan pengurus eksekutif sebuah syarikat.





(i)
Namakanh jenis perniagaan yang dicadangkan oleh Encik Nazri itu. Jelaskan.



[4 markah]


(ii)
Selain faedah yang dinyatakan, terangkan faedah-faedah lain kepada syarikat tersebut.



[8 markah]


(b)
Bagaimanakah  perniagaan import dan eksport ini dikatakana dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.


[13 markah]

 2.  
Keluaran utama Malaysia adalah kelapa sawit dan getah, manakala negara lain juga mempunyai keluarannya masing-masing. Jika Malaysia menghasilkan keluaran yang banyak kerana permintaan yang tinggi dari luar negara maka kos seunit dapat dikurangkan. Malaysia saling berhubung dengan negara lain.
Jepun mempunyai tingkat teknologi dalam bidang elektronik, manakala negara lain dalam bidang makanan dan pakaian.


(a)
Jelaskan pernyataan di atas.


[9 markah]


(b)
Terangkan perbandingan antara perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa.


[16 markah]

 3. 
(a)
Mengapakah perniagaan antarabangsa sangat berguna kepada negara?


[13 markah]


(b)
Walaupun perniagaan antarabangsa sangat penting kepada sesebuah negara namun masih terdapat masalah. Jelaskan.


[12 markah]